Israel sambung tempoh tahanan Ahed Tamimi

RAMALLAH, 2 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Mahkamah Tentera Israel melanjutkan tempoh tahanan aktivis Palestin, Ahed Tamimi selepas rakaman video yang menunjukkan dia menampar seorang tentera rejim itu tular di media sosial.

Video yang tular itu menunjukkan dua gadis termasuk Ahed, mendekati dua tentera Israel dan menampar mereka sambil merakamkan kejadian itu dengan telefon bimbit.

Kejadian dipercayai berhampiran rumah Ahed di kampung Nabi Saleh di Tebing Barat.

Ahed Tamimi merupakan gadis yang lantang dan tegas dalam menyuarakan bantahan pendudukan haram Israel ke atas bumi Palestin.

Dia ditangkap Ahad lalu, selepas rejim Zionis menceroboh masuk rumah keluarganya.

Difahamkan, tempoh tahanan Ahed dilanjutkan hingga 25 Disember, tanpa sebarang sebab atau pengesahan dari pihak tentera.

Dalam masa sama, ibu bapa Ahed Tamimi turut ditangkap ekoran cuba menyatakan pembelaan kepada anak mereka. – Agensi

Israel tangkap remaja Palestin selepas video tampar tentera tular

The post Israel sambung tempoh tahanan Ahed Tamimi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian