Isu tanah Felda: Belia Felda Johor gesa pengkhianat amanah dijatuhi hukuman

KUALA LUMPUR, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Majlis Belia Felda Malaysia (MBF) Negeri Johor menggesa pengkhianat amanah dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhi hukuman setimpal.

Pengerusi MBF Negeri Johor, Manndzri Nasib berkata, ini adalah bertujuan menjadi teladan untuk pemegang amanah yang lain.

Katanya, tindakan pemegang amanah Felda melepaskan hak Felda amat jelas membuktikan sikap membelakangkan Perdana Menteri dan warga Felda.

“Mereka jelas membelakangkan Perdana Menteri sebagai Menteri Hal Ehwal FELDA apabila membuat keputusan sendiri dalam hal tanah itu.

“Ia jelas menunjukkan pemegang amanah ini mengkhianati amanah Perdana Menteri dan warga Felda, justeru perlu dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan BH mengenai Felda yang hilang hak milik tanah di jalan Semarak, di ibu kota.

“Perkara yang berlaku itu amat mengecewakan dan mungkin berlaku disebabkan muslihat peribadi pihak tertentu,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya menyokong sepenuhnya akan tindakan dan keberanian Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan pasukan, yang melakukan semakan dan prosedur perundangan untuk mengambil semula hak tanah tersebut.

The post Isu tanah Felda: Belia Felda Johor gesa pengkhianat amanah dijatuhi hukuman appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian