Jabatan Kesihatan rampas 12.5 liter air zam zam

BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Sebanyak 12.5 liter air zam zam bernilai RM375 dirampas Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam satu serbuan, semalam.

Serbuan dijalankan menerusi penguatkuasaan penjualan air zam zam ke atas 14 premis di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pengarahnya, Dr Zainudin Abdul Wahab berkata, daripada serbuan berkenaan, tiga premis dikenal pasti melakukan kesalahan menjual air zam zam, yang jelas bercanggah dengan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Individu dikenal pasti melakukan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.

“Kementerian Kesihatan juga tidak pernah mengeluarkan lesen untuk penjualan air zam zam yang dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan penjualannya di Malaysia adalah tidak dibenarkan sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kerajaan Arab Saudi juga melarang penjualan air zam zam dan pengedaran secara percuma kepada jemaah haji serta umrah termasuk pelawat bagi kegunaan persendirian sahaja.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya umat Islam supaya tidak membeli air zam zam yang dijual di pasaran kerana ianya adalah tidak sah, selain berisiko palsu.

“Bagi memastikan tiada penjualan air zam zam di pasaran, Operasi Penguatkuasaan Air Zam Zam akan terus dilaksanakan secara berterusan dan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi perundangan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985,” katanya.

The post Jabatan Kesihatan rampas 12.5 liter air zam zam appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian