Kementerian cadang gabung kursus keibubapaan dengan kursus pra perkahwinan

KUALA LUMPUR, 13 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merancang menggabungkan kursus keibubapaan dengan kursus pra perkahwinan yang kini diwajibkan untuk semua bakal pengantin.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ini kerana kursus keibubapaan yang kini dilaksanakan kurang menarik minat orang ramai.

“Kursus ini untuk mengingatkan ibu bapa dan bakal ibu bapa pentingnya ilmu untuk membesarkan anak-anak,” katanya selepas program Ibu Sihat Keluarga Ceria di PPR Semarak di sini, hari ini.

Beliau berkata, ilmu tentang keibubapaan penting bagi mendidik anak-anak selain mengelak ibu bapa daripada mengabaikan tanggungjawab mereka.

Dalam pada itu, Rohani turut mengingatkan golongan ibu supaya tidak mengabaikan kesihatan dalam kesibukan menjaga keluarga.

“Disebabkan kekangan masa dan kesibukan mengurus, mereka sendiri tidak dapat menjaga diri dengan baik,” katanya sambil menambah kesihatan ibu penting untuk keluarga bahagia. -Bernama

The post Kementerian cadang gabung kursus keibubapaan dengan kursus pra perkahwinan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian