Keputusan Guatemala pindah kedutaan di Baitulmaqdis memalukan

RAMALLAH, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Palestin mengutuk keputusan Guatemala untuk memindahkan kedutaannya di Baitulmaqdis, sekaligus menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan.

Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan semalam berkata, keputusan itu jelas melanggar resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang mengecam tindakan provokatif Washington.

“Ini satu perbuatan yang memalukan dan menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan kehendak pemimpin-pemimpin gereja di Baitulmaqdis, serta melanggar resolusi UNGA yang mengecam tindakan provokatif Washington,” katanya.

Sebelum ini, negara kecil Amerika Tengah itu mengumumkan keputusannya memindahkan misi diplomatiknya di Israel ke Baitulmaqdis, sekaligus sebagai negara pertama mengikut jejak Presiden AS, Donald Trump.

“Negara Palestin menganggap ia sebagai perbuatan permusuhan yang melampau hak-hak rakyat Palestin dan undang-undang antarabangsa yang tidak dapat dipisahkan.

“Palestin akan bertindak dengan rakan-rakan serantau serta antarabangsa untuk menentang keputusan menyalahi undang-undang itu,” kata kenyataan itu.

Awal Disember lalu, Trump mengumumkan keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke wilayah itu.- Agensi

The post Keputusan Guatemala pindah kedutaan di Baitulmaqdis memalukan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian