Kit Siang memang nak jadi PM, kata Tunku Aziz

BANGI, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin –  Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui, sememangnya Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri.

Berdasarkan pengalamannya dalam parti rasis dan cauvinis itu, beliau berkata, Kit Siang sengaja melindungi niat sebenarnya daripada rakyat.

Katanya, Kit Siang berpura-pura memberi sokongan kepada calon lain untuk menjadi Perdana Menteri.

Hakikatnya Tunku Aziz berkata, Penasihat DAP itu memang mahu menjadi perdana menteri, sebab itu sehingga sekarang, dia tidak pernah melepaskan jawatan tertinggi dan kawalannya terhadap parti itu.

“Matlamat utama mana-mana diktator adalah untuk menjawat jawatan tertinggi iaitu Perdana Menteri,” katanya seperti dilapor Utusan. 

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila menyatakan Lim Kit Siang berhasrat menjadi Perdana Menteri.

Tunku Aziz berkata, ada perkara yang mendesak Kit Siang untuk menjadi perdana menteri antaranya untuk selamatkan anaknya. 

Katanya, keadaan ketika ini menuntut Kit Siang perlu menjadi Perdana Menteri jika mahu menyelamatkan anaknya, Lim Guan Eng daripada dipenjarakan jika didapati bersalah atas tuduhan rasuah.

The post Kit Siang memang nak jadi PM, kata Tunku Aziz appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian