Metodologi 3: Dakwah & Tarbiah Ar-Rasul S.A.W.

Sederhana dan pertengahan

Cuai mahupun ekstrem adalah dua sikap yang ditegah. Baginda menegah pendekatan yang boleh menyebabkan orang ramai menjauhkan diri daripada kebaikan.

Diriwayatkan Baginda s.a.w. amat marah (hingga dikatakan tidak pernah Baginda marah sedemikian rupa) apabila diadukan bahawa seorang Sahabat yang menjadi imam memanjangkan solat Subuh sehingga menyukarkan orang ramai. Baginda bangun memberi ucapan (yang bermaksud), “Sesungguhnya segelintir kamu menyebabkan orang ramai lari (dari kebaikan). Sesiapa yang mengimamkan orang ramai, hendaklah dia meringkaskan (solat itu). Sesungguhnya di belakangnya terdapat warga emas, anak kecil dan orang yang ada keperluan.” (Hadis disepakati Al-Bukhari dan Muslim).

Lantaran itu, diriwayatkan Nabi s.a.w. tidak memanjangkan solat (Riwayat Muslim) mahupun khutbah Jumaat (Riwayat Abu Dawud). Ibnu Mas’ud pula hanya memberi peringatan sekali seminggu (setiap Khamis) dengan menyatakan beliau berbuat demikian kerana mencontohi Nabi s.a.w. kerana bimbang timbul kebosanan. (Hadis disepakati al-Bukhari dan Muslim)

Mengajar ilmu adalah dituntut namun tidak sehingga menyebabkan kejemuan dan kebosanan. Lantaran itu, Rasul s.a.w. menyelang-selikan peringatan Baginda, bukannya setiap hari. Begitu juga Rasulullah saw sentiasa mempermudahkan urusan selagi mana tidak membawa kepada perkara yang haram dan melanggar syarak.

Daripada hadis dan kisah di atas, boleh lah kita simpulkan bahawa, cara pembawaan atau kaedah Rasulullah s.a.w. dalam mendidik adalah tidaklah terlalu ekstrem dan melampaui batas serta tidak membebankan. Jalan sederhana dan pertengahan itu adalah lebih baik.  


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian