Palestin desak Majlis Keselamatan PBB keluar resolusi isu Baitulmaqdis

KAHERAH, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Palestin mendesak Ma­jlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan satu resolusi meminta Amerika Syarikat (AS) menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Desakan itu dibuat berikutan Palestin mendapati, resolusi itu berkemungkinan sukar mendapat kelulusan ekoran AS merupakan antara lima anggota majlis ber­kenaan yang mempunyai kuasa veto.

Usaha mendapatkan resolusi dibuat selepas Mesyuarat Liga Arab di Mesir semalam dan Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Turki Rabu ini.

Seramai 14 daripada 15 anggota majlis berkenaan mengutuk pengistiharan Trump.


Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul-Gheit berkata, apa yang dilakukan Trump bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Malah katanya, ia menimbulkan persoalan tentang usaha AS menyokong penyelesaian secara aman antara Palestin dan Israel.

“Perubahan da­sar AS menjejaskan keyakinan negara-negara Arab terhadap pentadbiran Trump kerana tindakannya juga bagaikan mengesahkan tindakan Israel menduduki wilayah Palestin,” katanya. 

Justeru, Liga Arab menegaskan mereka bersedia menolak sebarang resolusi daripada Majlis Keselamatan yang menyokong dasar baharu AS itu. – Agensi

The post Palestin desak Majlis Keselamatan PBB keluar resolusi isu Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian