Perjuangan Bahasa Melayu perlu diteruskan

 

PANGKOR, 14 Rabiulawal 1439H, Ahad -Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak mahu Bahasa Melayu menjadi sekadar sebagai alat bahasa pengantar di negara ini.

Beliau berkata, penggunaan Bahasa Melayu perlu mencakupi segenap fasa perhubungan di sektor awam dan swasta.

Katanya, ia harus meresap ke dalam kendiri pengguna bukan sahaja sekadar menghiasi kain rentang dan gegantung.

“Dinamika bahasa akan terjelma dengan sendirinya apabila digunakan secara bersungguh-sungguh dan bukan sambil lewa,” katanya seperti dilapor Perak Toda.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis kemuncak Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa (Pulara) Edisi ke-8 yang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap apologetik atau rendah diri sebaliknya perlu berbangga dengannya.

“Apakah yang patut kita lakukan sebelum Bahasa Melayu menjadi bahasa caca marba?

“Perjuangan memartabatkan bahasa sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa Kebangsaan wajib diteruskan.

“Kita harus tentang gerombolan tukang silap yang selalu ingin memanipulasikan bahasa dan budaya bangsa serta hanyut dalam dogma komerlisme. Mereka kurang faham tentang jati diri dan identiti bangsa jadi biarlah mereka terjun dengan labu-labunya,” katanya.

The post Perjuangan Bahasa Melayu perlu diteruskan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?