Rakyat Palestin di Lubnan terus bantah keputusan Trump

BEIRUT, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Bantahan pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel diteruskan berhampiran pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Lubnan.

Keadaan itu menyebabkan pasukan keselamatan Lubnan terpaksa melepaskan gas pemedih mata terhadap ratusan penunjuk perasaan yang membantah keputusan Presiden Donald Trump, Rabu lalu.

Menurut laporan al-Jazeera, ratusan rakyat Palestin bertempur dengan pasukan keselamatan selepas dihalang masuk ke Kedutaan AS.

Pasukan keselamatan dilaporkan mengepung sekeliling kawasan kedutaan dan melepaskan meriam air bagi menghentikan ratusan penunjuk perasaan yang berada 3 kilometer daripada bangunan itu.

Sejak 1947, kira-kira 450,000 rakyat Palestin berada di Lubnan selepas melarikan diri daripada rejim Israel dan berlindung di 12 kem pelarian negara itu.- Agensi

The post Rakyat Palestin di Lubnan terus bantah keputusan Trump appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian