Rejim Israel tutup laluan pintas Ramallah, al-Bireh

RAMALLAH, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Tentera rejim Zionis menutup selama-lamanya pintu masuk utara ke bandar kembar Ramallah dan al-Bireh, kata pihak tentera Israel yang mentadbir sebahagian daripada Tebing Barat (COGAT).

Di tengah-tengah tunjuk perasaan membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, COGAT menutup pintu masuk yang menghubungkan Ramallah dan utara Tebing Barat, bermula malam semalam.

“Israel membuat keputusan menutup pusat pemeriksaan sehingga diberitahu kelak berikutan tunjuk perasaan dan rusuhan berterusan tidak jauh daripada pintu masuk Ramallah.

“Selagi kekacauan berterusan dan keamanan tidak tercapai, pintu masuk itu akan terus ditutup,” kata COGAT dalam satu kenyataan.

Pintu pemeriksaan itu menjadi jalan pintas kepada orang ramai, yang sepatutnya perlu melalui laluan jauh dan bersebelahan dengan penempatan haram Beit El.

Ia kerap digunakan pegawai pihak berkuasa Palestin (PA), warga asing, diplomat dan wartawan untuk keluar masuk ke Tebing Barat dekat Ramallah.

Tunjuk perasaan di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza tercetus awal bulan ini, selepas Trump mengumumkan AS akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis setelah mengisytiharkan bandar berkenaan sebagai ibu negara Israel.

Sejak tunjuk perasaan itu bermula, 15 warga Palestin, termasuk remaja terbunuh ditembak oleh askar rejim Zionis, manakala sekurang-kurangnya 2,900 lagi cedera dan lebih 400 ditangkap.

Minggu lalu, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan resolusi mengatakan keputusan Trump itu tidak sah dan batal. Ia disokong oleh 128 undi. – Agensi

The post Rejim Israel tutup laluan pintas Ramallah, al-Bireh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian