Satu lagi kawasan wabak rabies diisytihar di Sarawak

KUCHING, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Satu lagi kawasan baru wabak rabies diisytiharkan di Sarawak, menjadikan jumlahnya kini 27.

Jawatankuasa pengurusan Bencana Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Timbalan Ketua Menteri yang juga pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini mengisytiharkan kawasan SMK Julau No 1, Julau, di bahagian Sarikei, sebagai kawasan terbaru wabak Rabies.

“Memandangkan kawasan kampung ini berada di luar daripada 10km radius kawasan yang telah diisytihar sebagai kawasan wabak rabies, maka kawasan ini adalah merupakan kawasan ke-27 wabak rabies,” menurut kenyataan itu.

Bahagian Serian mencatatkan jumlah kawasan diisytihar wabak rabies paling tinggi, menjangkau 20 kawasan, disusuli dengan bahagian Kuching (4), dan masing-masing satu kawasan di bahagian Samarahan, Sri Aman dan Sarikei.

Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak akan mengadakan Mesyuarat Khas Rabies pada 2 Januari ini yang akan dipengerusikan oleh Douglas Uggah bagi membincangkan langkah-langkah dan strategi bagi mengekang wabak rabies daripada terus merebak ke kawasan lain.

Sebelum ini kawsan terakhir yang diumumkan sebagai kawasan ke-26 wabak rabies atau penyakit anjing gila di Sarawak ialah pada 23 Oktober lepas membabitkan kawasan Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya, di bahagian Samarahan.- Bernama

The post Satu lagi kawasan wabak rabies diisytihar di Sarawak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian