Suu Kyi elak bincang isu wanita, gadis Rohingya dirogol

NAYPYIDAW, 8 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi dilaporkan cuba mengelak untuk berbincang berhubung laporan wanita dan gadis Rohingya dirogol rejim negara itu, sewaktu pertemuannya dengan pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pegawai kanan PBB berkaitan keganasan seksual dalam konflik, Pramila Patten dalam lawatan selama empat hari ke Myanmar pada pertengahan bulan ini, bagi membincangkan krisis Rohingya di negeri Rakhine.

Bagaimanapun, Suu Kyi dilaporkan enggan terlibat dalam sebarang perbincangan berbentuk substantif, khususnya berkaitan keganasan seksual yang meluas dan sistematik oleh tentera Myanmar di Rakhine.

“Pertemuan dengan kaunselor negeri adalah kunjungan hormat mesra kira-kira 45 minit, namun malangnya tidak bersifat substantif,” katanya dalam surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres minggu lalu.

Menurut Patten, Suu Kyi mendakwa dia dimaklumkan oleh wakil kerajaan tentera bahawa laporan kekejaman itu sengaja dibesar-besarkan dan direka oleh masyarakat antarabangsa.

“Malah, Suu Kyi mendakwa mereka yang melarikan diri ke sempadan adalah kerana bergabung dengan kumpulan pengganas, dan berbuat demikian ekoran menghindari penguatkuasaan undang-undang,” tulis Patten.

Lebih 655,000 etnik minoriti muslim Rohingya melarikan diri ke kem pelarian Bangladesh sejak keganasan bermula Ogos lalu.

Malah, kira-kira 6,700 penduduk Rohingya dipercayai dibunuh dalam operasi pembersihan yang dijalankan kononnya mensasarkan kumpulan militan, di mana kebanyakan wanita dan kanak-kanak perempuan dirogol.- Agensi

The post Suu Kyi elak bincang isu wanita, gadis Rohingya dirogol appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian