Undi UNSC bukti global bantah AS iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel

 


KUALA LUMPUR, 1 Rabiulakhir 1439H, Rabu -Keputusan undi 14-1 pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat (AS) menunjukkan dengan jelas penentangan antarabangsa terhadap tindakan negara itu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Malaysia juga menyuarakan kekecewaannya terhadap tindakan AS menggunakan kuasa vetonya untuk menentang deraf resolusi yang dicadangkan Mesir semasa mesyuarat UNSC pada Isnin.

“Malaysia menegaskan sekali lagi bahawa isu Baitulmuqaddis menjadi teras dalam perjuangan rakyat Palestin dan menyeru semua negara Anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu agar tidak mengikiraf sebarang cubaan untuk meminda sifat dan status Baitulmuqaddis.

“Malaysia mengalu-alukan inisiatif Turki dalam memanggil Mesyuarat Tergempar Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi membincangkan isu berkenaan dengan tujuan untuk membentangkan resolusi serupa,” kata kenyataan itu.

Pada 6 Disember, Presiden AS Donald Trump mengumumkan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan mengeluarkan arahan agar kedutaan negara itu dipindahkan dari Tel Aviv ke kota suci berkenaan.

Tindakan Trump itu menimbulkan kemarahan rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia.
– Bernama

The post Undi UNSC bukti global bantah AS iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian