Video detik penunjuk perasaan ditembak askar rejim Zionis

TEBING BARAT, 25 Rabiulawal 1439H, Khamis – Pertempuran antara penduduk Palestin dengan askar rejim Zionis berterusan di beberapa wilayah yang diduduki secara haram oleh rejim Tel Aviv.

Penunjuk perasaan berarak di sekitar jalan raya di sini sebagai membantah keputusan Amerika Syarikat menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel.

Di wilayah Hebron, kekacauan meletus apabila askar Israel bergerak masuk ke beberapa batang jalan raya dan pemuda-pemuda Palestin menghujani mereka dengan batu.

Askar Zionis membalas dengan bom pemedih mata, selain menembak menggunakan peluru getah mencederakan beberapa penunjuk perasaan.

Antara yang menjadi sasaran askar rejim Zionis itu ialah wartawan.

Sekurang-kurangnya empat pemuda Palestin cedera terkena tembakan peluru getah di Halhul, tatkala askar rejim mula menutup semua laluan.

Pada masa sama seorang remaja Palestin cedera parah ditembak askar rejim selepas didakwa cuba menikam seorang askar.

Hamed al-Masri, 15 tahun, ditembak ketika menyertai tunjuk perasaan di wilayah Salfit dan dirawat oleh pasukan perubatan Israel di tempat kejadian, sebelum dibawa ke hospital di mana keadaannya dilaporkan kritikal. – Agensi

The post Video detik penunjuk perasaan ditembak askar rejim Zionis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian