23 orang awam terbunuh serangan udara Russia

DAMSYIK, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Sekurang-kurangnya 23 orang awam terbunuh dalam satu serangan udara Russia di sebuah kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ghouta berhampiran Damsyik, awal pagi tadi.

Russia mula melancarkan serangan bom di Syria pada 2015, kononnya sebagai sokongan kepada tentera Presiden Bashar al-Assad.

Pasukan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain, melaporkan 18 orang terbunuh ketika serangan Russia di bandar Misraba, manakala lima lagi terkorban disebabkan serangan oleh tentera kerajaan.

Jurucakap pemantau itu, Rami Abdel Rahman berkata, tiga kanak-kanak dan 11 wanita antara yang terkorban.

Ketika ini, lebih 340,000 mangsa dilaporkan terkorban di Syria sejak konflik melanda negara itu sejak Mac 2011.

Ghouta Timur adalah sebuah kubu kecil di sebelah timur ibukota Damsyik, sebahagian besarnya dikuasai pemberontak daripada kumpulan Jaish al-Islam.

Terdahulu, Laporan Hak Asasi Manusia di Syria mengesahkan, hampir 25,000 wanita di Syria telah menjadi korban dalam peperangan yang berlaku, yang mana golongan wanita menjadi mangsa utama kekejaman rejim Assad.

Angka itu direkodkan sejak Mac 2011 hingga November 2017. – Agensi

The post 23 orang awam terbunuh serangan udara Russia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian