50 mayat nahas bas jatuh gaung di Peru ditemui

LIMA, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – 50 mayat, termasuk enam daripadanya kanak-kanak sudah ditemui membabitkan nahas bas bertembung sebuah trak, di Peru semalam.

Bas yang dinaiki 55 penumpang itu terjunam kira-kira 100 meter di kawasan tebing selepas bertembung dengan sebuah trak di kawasan selekoh maut.

Bas itu dalam perjalanan dari Huacho, kira-kira 130 kilometer di utara ibu negara itu menuju ke Lima.

Ketua Serantau Perkhidmatan Kesihatan Lima, Felic Palomo memaklumkan, lebih daripada 200 petugas daripada polis, tentera dan tentera laut terbabit dalam usaha menyelamat.

“Kami berjaya menyelesaikan tugasan yang agak mencabar ini. Sebanyak 50 mayat berjaya dikesan di tempat kemalangan dan mayat sudah dikenal pasti keluarga masing-masing,” katanya. – Agensi

The post 50 mayat nahas bas jatuh gaung di Peru ditemui appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian