Amaran cuaca buruk di Pahang, Mersing sehingga esok

BANGI, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berserta angin kencang di Pahang dan Mersing, Johor.

Jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga esok.

Ia membabitkan dua daerah di Pahang iaitu Pekan dan Rompin.

Dalam kenyataan sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca waspada membabit beberapa daerah di Terengganu (Kemaman), Pahang (Kuantan), Johor (Segamat, Kluang dan Kota Tinggi serta Sabah.

Keadaan hujan lebat dan angin kencang itu juga dijangka sehingga esok.

The post Amaran cuaca buruk di Pahang, Mersing sehingga esok appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian