Arab Saudi rampas AS$100 bilion penyelesaian kes rasuah

RIYADH, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Peguam Negara Arab Saudi, Sheikh Saud al-Mojeb berkata, kerajaan negara itu merampas lebih AS$100 bilion dalam penyelesaian kes rasuah.

Jumlah itu, termasuk AS$106.7 bilion, adalah dalam pelbagai bentuk aset, membabitkan hartanah, entiti komersial dan wang tunai, katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabat penerangan, hari ini.

Beliau berkata, jumlah mereka yang dipanggil untuk diambil keterangan mencecah sehingga 381 individu, di mana 65 lagi masih dalam tahanan, susulan operasi besar-besaran mencegah rasuah di negara itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa Arab Saudi membebaskan semua individu dari di Hotel Ritz-Carlton yang ditahan sejak lebih dua bulan lalu kerana disyaki terbabit dengan rasuah.

“Tidak ada siapa lagi yang ditahan di Ritz-Carlton,” kata seorang pegawai kepada Reuters, semalam.

Awal November tahun lalu, puluhan individu, termasuk putera diraja Arab Saudi, menteri, pegawai kerajaan dan ahli perniagaan terkenal ditangkap dalam operasi ‘mencegah rasuah’ dilancarkan Putera Mahkota Mohammed bin Salman. Tuduhan terhadap mereka yang ditangkap, termasuk pengubahan wang haram, rasuah dan peras ugut.

Sabtu lalu, jutawan dunia, Putera Alwaleed bin Talal dibebaskan setelah tiada dakwaan dikenakan terhadapnya.

Profesor kontemporari yang berpangkalan di Doha, Mahjoob Zweiri berkata, pembersihan itu adalah sebahagian daripada rancangan penyatuan ekonomi dan kuasa politik Arab Saudi.

“Ia memerlukan pemusnahan empayar ekonomi lain di dalam Arab Saudi,” katanya.

Katanya, tuduhan yang dikenakan terhadap mereka yang ditangkap itu tidak jelas dan ia mungkin ada lebih banyak maklumat kes yang perlu diperjelaskan, tetapi bukan dalam masa terdekat.

“Telah berlaku ketidakpercayaan. Dan pihak berkuasa akan memerhati (mereka yang dibebaskan) bagi memastikan tiada yang bercakap mengenai apa yang berlaku,” katanya. – Agensi

The post Arab Saudi rampas AS$100 bilion penyelesaian kes rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian