Gambar lama alat propaganda hitam tentang operasi tentera Turki

ANKARA, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Tiga gambar, yang didakwa diambil ketika operasi tentera Turki di barat laut wilayah Afrin, Syria, adalah foto lama yang dirakamkan ketika beberapa insiden terdahulu.

Propaganda hitam menentang tentera Turki bermula sebaik sahaja Ankara melancarkan ‘Operation Olive Branch Afrin’ bermula Sabtu lalu, bagi menghapuskan pengganas PYD/PKK dan Daesh di wilayah bersempadan dengannya.

Salah satu daripada gambar itu dirakamkan ketika insiden tembakan di wilayah Salmiya, Kuwait, yang berlaku pada 26 April 2016 lalu.

Gambar berkenaan dikongsi dalam laman Twitter yang mendakwa Tukri menggugurkan bom ke atas orang awam di Afrin.

Sekeping lagi gambar, yang menunjukkan kereta kebal terbakar, dikongsi di Facebook dengan mendakwa pasukan tentera Turki diserang di perkampungan Bulbul di Afrin.

Foto berkenaan sebenarnya dirakamkan pada 19 Julai 2014 di Khan Yunis, Semenanjung Gaza.

Gambar ketiga pula dikongsi di laman Twitter dengan mendakwa seorang wanita cedera dan mati dalam keadaan beku ketika operasi tentera Turki di Afrin. Foto berkenaan sebenarnya dirakam pada 18 Januari 2018.

Gambar itu sebenarnya menunjukkan seorang wanita mati dalam keadaan beku bersama keluarganya di satu kawasan tanah tinggi, ketika mereka cuba menyeberangi sempadan Syria untuk masuk ke Lubnan.

Foto yang menunjukkan seorang kanak-kanak cedera juga menjadi tular di laman sosial, sambil mendakwa ianya berlaku ketika operasi di Afrin.

Tuduhan itu adalah palsu dan gambar berkenaan sebenarnya dirakam pada 2016.

Ankara menegaskan ‘Operation Olive Branch Afrin’ bertujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan sepanjang sempadan Turki-Syria, serta melindungi rakyat Syria daripada ancaman pengganas.

Afrin menjadi wilayah utama kumpulan PYD/PKK bersembunyi sejak Julai 2012 apabila rejim Bashar Al Assad meninggalkan bandar itu kepada kumpulan pengganas. – Agensi

The post Gambar lama alat propaganda hitam tentang operasi tentera Turki appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian