I-Medik naib johan Media Baharu Kempen Blue Ribbon

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 1 Jamadilawal 1439H, Khamis – Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dipilih sebagai naib johan Anugerah Media kategori Media Baharu sempena Kempen Blue Ribbon 2017, semalam.

Anugerah berkenaan mengiktiraf artikel yang ditulis Ketua Unit Pengawalan Ketagihan Dadah I-Medik, Dr Nor Ruzaini Sulaiman mengenai keburukan penggunaan ganja kepada kesihatan.

Artikel itu turut menyatakan penegasan mengenai penguatkuasaan undang-undang berkaitan ganja di Malaysia yang perlu dikekalkan.

I-Medik dan Dr Nor Ruzaini menerima sijil penghargaan berserta trofi yang disampaikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam di Boraombak Marina Putrajaya.

Turut hadir menerima anugerah mewakili pihak I-Medik, Naib Presidennya, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

Pada majlis itu, 220 premis dari seluruh negara yang melaksanakan inisiatif bebas asap rokok secara sukarelawan menerima pensijilan Kempen Blue Ribbon anjuran Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat), yang diperkenalkan sejak 2013.

Kempen ini bertujuan untuk memberikan sumbangan pengiktirafan dan penghormatan kepada individu serta organisasi yang telah memberi sumbangan besar dalam usaha untuk melindungi nyawa orang awam daripada bahaya asap rokok.

Anugerah dan Pengiktirafan Kempen Blue Ribbon terbahagi kepada tiga kategori iaitu Pensijilan Premis, Anugerah Media dan Anugerah Pencapaian Cemerlang.

The post I-Medik naib johan Media Baharu Kempen Blue Ribbon appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian