I-Medik, Yayasan Ikhlas bawa misi kemanusiaan di kem pelarian Rohingya

COX’S BAZAR, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dan Yayasan Ikhlas bekerjasama dalam misi kemanusiaan membantu etnik minoriti Islam Rohingya di kem pelarian, di sini.

Misi yang menyasarkan pelarian Rohingya di kem Balukhali dan Kutapalong itu melibatkan enam sukarelawan I-Medik, terdiri daripada doktor pakar serta pengamal perubatan Malaysia.

Bantuan yang disalurkan merangkumi bekalan makanan kering, selimut, bekalan perubatan dan susu bayi.

Misi berkenaan turut meninjau pembinaan masjid, sekolah, jambatan serta pam air dalam tanah yang disumbangkan rakyat Malaysia melalui Yayasan Ikhlas.

I-Medik yang turut bekerjasama dengan sebuah kolej perubatan dan hospital swasta dari Chittagong, Chittagram International Medical College and Hospital (CIMCH), telah melawat beberapa klinik sementara di dalam kawasan kem pelarian.

Sukarelawan I-Medik turut turun padang membantu doktor dan petugas kesihatan dari CIMCH dalam memberikan rawatan kepada pelarian di kem tersebut.

Dianggarkan, sekitar 150 hingga 200 pesakit menerima rawatan di setiap satu kem.

Biarpun hanya dengan ubat dan peralatan rawatan asas serta tanpa bekalan elektrik, namun petugas perubatan berkhidmat dengan baik terhadap pesakit, wanita mengandung termasuk kanak-kanak yang berdepan masalah kekurangan zat.

I-Medik dalam satu kenyataan berkata, pasukan sukarelawan misi berkenaan berkesempatan berkunjung Chittagram Medical College and Hospital di Chittagong, sebagai tetamu kehormat kolej.

“Perbincangan meja bulat dengan prinsipal dan ketua-ketua jabatan dari CIMCH berjaya membina jambatan dan dirakamkan sebagai ‘end of the begining’ oleh pengurusan tertinggi CIMCH yang membawa maksud kerjasama yang telah bermula dalam pelbagai aspek perubatan, kesihatan dan amal sukarelawan dilapangan terutamanya di kem-kem pelarian Rohingya.

“I-Medik juga dijemput bersama-sama dalam majlis pelancaran kutipan dana dan penubuhan hospital buah pinggang pertama di Chittagong oleh Chittagram Kidney Foundation.

“Dana-dana telah disampaikan oleh badan-badan korporat dan bank-bank sekitar bandar Chittagong,” katanya.

Selain itu, sukarelawan I-Medik dan Yayasan Ikhlas sempat mengadakan kunjungan ke hospital medan yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia di Cox’s Bazar, berdekatan kem pelarian Kutapalong.

Menurut I-Medik, hospital itu dilengkapi kemudahan yang baik dengan khidmat doktor daripada bidang kepakaran utama.

“Hospital medan Malaysia di sini boleh mempunyai wad-wad dan mampu melakukan pembedahan kecemasan dan elektif. Selain dari Malaysia, negara-negara Islam lain seperti Turki, Arab Saudi dan Indonesia juga giat membantu etnik Rohingya di sini.

“Sumbangan orang ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang prihatin amat diperlukan untuk menjayakan misi yang seterusnya,” katanya.

The post I-Medik, Yayasan Ikhlas bawa misi kemanusiaan di kem pelarian Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian