Isma Sokong Pendirian Mufti Perak Dan Pahang

 

IPOH, 31 Januari, Rabu – “Isma menyokong penuh pendirian Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang tidak bersetuju dengan   pembatalan pengislaman tiga orang kanak-kanak baru-baru ini,” ujar Ustaz Zamri bin Hashim, Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Ipoh yang juga merupakan Timbalan Mufti Negeri Perak.

Hal ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan penukaran agama tiga orang anak guru tadika, M Indira Gandhi, 9 tahun yang lalu dan mengesahkan penukaran agama tersebut tidak sah di sisi undang-undang.

Keputusan Mahkamah Syariah di Perak sebelum ini telah membenarkan pengislaman anak-anak itu di mana ia adalah selaras dengan kaeadah hukum syarak.

“Islam jelas merupakan agama persekutuan dan kes ini berlaku di Perak dan dalam pentadbiran enakmen agama di negeri dan mengikut mazhab Syafie yang mana anak kecil akan mengikut agama terbaik dalam kalangan ibu bapa mereka, iaitu Islam”, ulas ustaz Zamri lagi.

Jelasnya, agama Islam merupakan agama persekutuan negara seperti yang telah termaktub dalam (Perkara 3)(1) Perlembagaan Persekutuan. Justeru, Mahkamah Syariah tidak sepatutnya diletakkan lebih rendah daripada Mahkamah Sivil.

“Isma berpandangan undang undang perlu diperkemaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaga hak asasi mualaf di Malaysia”,

Dalam masa yang sama, Isma juga menyeru masyarakat Islam supaya peka dan lebih memahami tentang undang-undang negara di samping memastikan penafsiran undang-undang negara sentiasa berada dalam kerangka Islam dan dijadikan sebagai tonggak asas negara ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian