Kajian penilaian berat beg sekolah sedang dilakukan

ISKANDAR PUTERI, 28 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Kajian Penilaian Berat Beg Murid Sekolah yang kini sedang dijalankan akan siap laporannya dalam tempoh sebulan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.

Beliau berkata, proses mengumpul maklumat sudah dimulakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dengan mengunjungi sekolah di beberapa negeri.

Setelah proses itu siap, segala maklumat akan dihantar ke kementerian untuk dibentangkan kepada Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Kajian ini bertujuan mencari jalan penyelesaian kepada isu beg berat murid sekolah. Kami telah meminta kerjasama daripada pihak berkuasa sekolah seperti guru besar dan guru-guru untuk tidak membenarkan murid mereka membawa beg untuk tempoh pembelajaran seminggu tetapi hanya membawa buku mengikut jadual harian.

“Berdasarkan pemerhatian saya sendiri, kes-kes beg berat ini kurang berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan ada antara isu ini tidak berpunca daripada beban buku yang berat tetapi penggunaan beg sekolah beroda. Jadi, perkara ini perlu kami teliti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan SJKT Ladang Bukit Serampang di sini, hari ini.- Bernama

The post Kajian penilaian berat beg sekolah sedang dilakukan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian