KLS Alor Setar bantu pelajar tentukan hala tuju

ALOR SETAR, 19 Januari 2018 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Alor Setar mengambil insiatif menganjurkan program Karnival Lepasan Sekolah (KLS) Peringkat Negeri Kedah demi membantu lepasan sekolah yang buntu membuat pilihan.

Pengarah program, Fakhruddin Afif Fauzi berkata, pihaknya berharap dapat membantu pelajar menentukan hala tuju masa depan mereka.

“Kita berharap dapat memberi pendedahan kepada peserta berkaitan pilihan laluan akademik mahupun bidang yang ada selepas sekolah.

“Dengan ini, peserta boleh memilih institusi pengajian sesuai untuk bidang pengajian yang ingin diceburi mereka,” katanya selepas karnival di Dewan Menara Zakat, di sini.

Beliau berkata, pihaknya memberi peluang kepada peserta untuk menambah pengetahuan dan mendengar perkongsian halatuju selepas sekolah.

Katanya, turut dikongsikan, ialah informasi laluan pengajian ke luar negara yang disampaikan oleh graduan dari Australia, Mesir dan Korea.

Antara lain, katanya, peserta juga boleh melawat ruang pameran pelbagai jenis bidang kerjaya termasuk perubatan, pengajian Islam, geosains, perakaunan, sains sosial, kejuruteraan dan Teknikal & Vokasional (TVET).

Terdahulu, lebih 150 peserta dari Kedah dan Perlis mengambil bahagian dalam program anjuran Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Alor Setar.

Program dirasmikan Pegawai Perubatan Reproduktif dan Pegawai Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Dr. Murizah Mohd Zain.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian