Krim Hulu Langat Berjaya Anjurkan Karnival Lepasan Sekolah 2018

KAJANG, 14 Januari – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Hulu Langat (Krim DHL) dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Tenaga Nasional (Uniten) berjaya menganjurkan Karnival Lepasan Sekolah 2018 (KLS 2018) yang diadakan di Masjid Uniten pagi tadi.

Tujuan KLS 2018 dianjurkan adalah untuk membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) menentukan hala tuju pengajian tinggi selain menjelaskan peranan utama pelajar dalam aspek pembangunan diri, masyarakat dan negara.

Di samping itu, KLS 2018 juga diadakan bagi melahirkan kesedaran kepentingan beraktivisme dan melahirkan pemimpin dalam setiap bidang yang diceburi.

Karnival yang merupakan acara tahunan Krim itu telah berjaya menarik hampir 100 orang peserta dari sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah, ujian personaliti bagi menentukan kecenderungan peserta terhadap sesuatu kerjaya, reruai kerjaya yang dikendalikan oleh golongan profesional seperti guru, wartawan, jurutera, doktor, peguam dan lain-lain serta sesi penerangan hala tuju selepas sekolah.

 

Ammar bin Ahmad Raji

Wartawan Isma Hulu Langat

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian