Macau Scam masih berleluasa

ALOR SETAR, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Modus operandi sindiket penipuan melalui panggilan telefon palsu atau sistem pesanan ringkas (SMS) masih berleluasa dan sukar dikesan.

Sindiket ini mendakwa mewakili Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank komersil dalam kegiatan penipuan mereka.

Ketua Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) Pulau Pinang, Hasjun Hashim berkata, penipuan ini yang lebih dikenali sebagai Macau Scam dikesan berlaku diseluruh negara yang mempunyai sasaran tertentu di setiap kawasan.

“Sehingga kini, pihak kami masih banyak menerima aduan membabitkan penipuan melalui panggilan telefon, yang menyamar sebagai wakil pihak bank, mahkamah serta pegawai polis.

“Sindiket ini memiliki strategi licik dan berstruktur untuk perdaya mangsa,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Menurut beliau, jenayah kewangan ini telah dipantau Bank Negara Malaysia dan pihaknya bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta CyberSecurity Malaysia.

“Apabila nombor telefon pemanggil direkodkan untuk siasatan, dan serbuan dilakukan pihak berkuasa, yang ditemui hanyalah bilik kosong kerana panggilan dibuat dari luar negara.

“Panggilan telefon itu menggunakan teknik khas spoofing. Nombor telefon tertera kebiasaannya milik agensi atau jabatan berkaitan yang dipalsukan sindiket itu. Ada tertera nombor Bank Negara, tetapi sebenarnya panggilan dari luar negara,” katanya.

Sementara itu, menurutnya selain Macau Scam, kegiatan skim cepat kaya juga antara kes penipuan yang menerima aduan tertinggi.

“Walaupun Bank Negara Malaysia telah senaraikan 426 entiti yang disyaki menjalankan aktiviti skim cepat kaya tidak mengikut perundangan, namun sukar dikesan kerana tidak memiliki bukti dokumen berikutan pelaburan dilakukan secara atas talian,” katanya.

The post Macau Scam masih berleluasa appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian