Meninggal dunia ketika imamkan solat Zuhur

ALOR GAJAH, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Imam satu Masjid Imam Muslim, Belimbing Dalam di sini, meninggal dunia ketika mengimamkan solat Zuhur di masjid itu, semalam.

Mohamad Hashim Kechik, 78, menghembuskan nafas terakhir ketika mahu bangun untuk rakaat keempat di hadapan 10 jemaah, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Jemaah masjid, Syamsul Ab Rahman berkata, sebelum itu, imam berkenaan berada dalam keadaan duduk dan mahu bangun untuk rakaat keempat.

“Saya nampak arwah tekan tangannya di sejadah untuk bangun tetapi tak boleh, dia sebak dan kemudian beristighfar tiga kali, sebelum memberi salam. Beberapa jemaah bergegas mendapatkannya.

“Imam yang mempunyai sakit jantung mengalami sesak nafas dibaringkan di atas riba seorang jemaah. Dahinya berpeluh, sebelum nafasnya terhenti,” katanya.

Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Durian Tunggal yang tiba jam 1.45 tengah hari mengesahkan Mohamad Hashim sudah meninggal dunia.

The post Meninggal dunia ketika imamkan solat Zuhur appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian