Netizen desak ambil tindakan terhadap penganjur Pool Party 2018 Magic Countdown

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Pengguna laman sosial di Facebook mendesak kerajaan menjalankan siasatan terhadap penganjur parti dalam kolam (pool party), yang diadakan sempena sambutan tahun baru 2018 di taman tema air terkemuka, Lost World of Tambun.

Rata-rata netizen meluahkan kekesalan apabila acara sambutan sebegitu diadakan di Malaysia, yang disifatkan sebagai melampau dan keterlaluan.

“Rasanya sambutan macam ini pernah nak buat, tetapi dapat bantahan. Di Perak pula terlepas,” tulis Azlan Ali.

“Pihak berkuasa patut ambil tindakan keras pada penganjur,” tulis Johari Razali.

Pemilik akaun, Eisya Fadzin berkata, penganjuran acara seperti itu jelas mengikut budaya Barat, malah katanya ia dilihat terlalu bebas.

Yuswan Al-Teluk Intani pula mendesak jabatan agama supaya membuat pemantauan dan menyiasat berkenaan penganjuran itu.

“Mohon pihak berkuasa bandar, PBT (pihak berkuasa tempatan), pihak berkuasa agama mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ini,” tulis Ahmad Mat Amin.

“Terikut dengan cara Barat inilah padahnya, lelaki perempuan bercampur kejinya,” tulis Ammayatasaalun Ammayatasaalun.

“Ya Allahurabbi, apa nak jadi dengan generasi muda sekarang ini,” tulis Norliza Che Ahmad.

Sejak semalam, satu video tular menunjukkan sambutan tahun baru berbentuk acara parti dalam kolam (pool party), bercampur antara lelaki dan perempuan.

Berdasarkan carian Ismaweb, parti itu adalah salah satu acara dalam program sambutan tahun baru iaitu ‘2018 Magic Countdown’.

Dengan bayaran tiket serendah RM40, pelbagai acara diadakan seperti persembahan naga manusia (human dragon), bunga api dan tarian ‘glow in the dark‘ dengan iringan musik rancak.

BERITA BERKAITAN: 

Dah macam bukan Malaysia! Pool Party 2018 Magic Countdown di Lost World of Tambun (Tonton Video)

Sambut tahun baru campur lelaki perempuan di Lost World Of Tambun haram: Mufti Perak

The post Netizen desak ambil tindakan terhadap penganjur Pool Party 2018 Magic Countdown appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian