PAS bukan Mat Jenin, kata Hadi Awang

BANGI, 12 Jamadilawal 1439H, Isnin – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian parti itu akan bertanding seberapa banyak kawasan Parlimen kerana cita-cita PAS adalah untuk memerintah negara.

Beliau berkata, cita-cita PAS bukan angan-angan Mat Jenin yang memanjat pokok berbuah sahaja, walaupun bergayut di dahan rpuh sehingga membunuh diri sendiri.

“Budaya PAS bukan memanjat pokok yang berbuah, tetapi sanggup memanjat pokok yang tidak berbuah dan belum berbuah kerana keyakinannya akan berbuah apabila tiba masanya kalau dibajakan atau dicantas dahannya. PAS sabar berlalunya masa yang panjang, biar lambat asalkan selamat.

“PAS wajib memperkenalkan budaya politik damai tanpa perpecahan rakyat, sama ada kalangan umat Islam yang berbeza pendekatan dan rakyat bukan Islam yang berbeza agama dan budaya.

“PAS menegaskan Islam wajib memimpin dan memerintah atau mempengaruhi pemerintah dengan nasihat yang wajib menegakkan konsep adil terhadap semua dan memelihara hak asasi manusia tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Hadi berkata, PAS berdakwah dan berpolitik secara matang serta sejahtera untuk menyelamatkan seramai mungkin manusia bersama Islam, walaupun terpaksa mengorbankan diri, laksana lilin yang bersedia membakar diri, demi memberi cahaya kepada semua.

“Bukan laksana monyet yang melompat dan bergayut mencari-mencari di pokok yang kelihatan lebat buahnya. Sepatutnya menjadi seperti pokok yang berbuah, bersedia menggugurkan buah yang masak kepada kanak-kanak nakal yang melontarkan batu dan kayu ke arahnya,” katanya.

PAS katanya, berjaya menyedarkan umat dan melenyapkan suara menghina Islam di kalangan umat Islam sendiri dan kini hanya tinggal suara yang terpencil laksana harimau tua tidak bergigi yang melepak di hutan rimba, serta bukan Islam yang memberanikan diri tanpa menghormati Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti umat Islam.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS memilih demokrasi yang sinonim dengan ajaran Islam, bukannya demokrasi menipu rakyat yang masih jahil dan bodoh politiknya.

“Kalaulah rakyat Amerika yang dikatakan paling maju dan bebas, boleh terbabas memilih Presiden yang samseng dan bodoh semata-mata kerana kaya hartanya dan penguasaan media oleh Zionis, sehingga nafsu memintas akalnya.

“Maka kewajipan kita menyelamatkan rakyat di sini supaya tidak memilih yang dikitar semula melalui filem lama yang ditayangkan, khususnya kepada Melayu yang mudah lupa. Apa yang dibimbangkan pengaruh media sosial tanpa sempadan yang boleh menjadi tentera upahan musuh Islam,” katanya.

The post PAS bukan Mat Jenin, kata Hadi Awang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian