Projek terowong dasar laut: SPRM siasat 11 lagi saksi

BANGI, 25 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam keterangan 11 lagi saksi berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Jumlah itu menjadikan 31 saksi telah dipanggil setakat ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasinya, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya akan mengenal pasti sama ada wujud elemen rasuah dan salah guna kuasa seperti yang didakwa.

Katanya, SPRM akan menyiasat kes ini daripada semua aspek secara adil.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada pasukan siasatan telah menemui bukti-bukti baharu dalam proses siasatan.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaannya yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran membabitkan pertukaran tanah kerajaan negeri.

Pelaksanaannya juga dibantah dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

The post Projek terowong dasar laut: SPRM siasat 11 lagi saksi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian