Ptptn siasat dakwaan kolej caj bayaran tersembunyi

KUALA LUMPUR, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyiasat dakwaan seorang bekas pelajar kolej di utara tanah air bahawa kolejnya telah mengenakan caj tersembunyi dalam yuran ke atas peminjam PTPTN.

PTPTN ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan menyiasat perkara ini.

“Kami mohon pihak yang berkenaan yang berkenaan untuk hadir ke pejabat PTPTN untuk berbincang dan memberi maklumat lanjut,” kata wakil PTPTN.

Terdahulu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sidang akhbar berkenaan dakwaan penipuan kolej swasta yang mengenakan lebihan caj ke atas pelajar dan menjanjikan mereka peluang pekerjaan setelah tamat pengajian.

Bekas pelajar kolej itu mendakwa selepas menamatkan pengajian diploma dan ijazah dalam bidang Perbankan Islam dan Kewangan, dia terpaksa menanggung hutang sebanyak RM70,000 apabila jaminan yang diberikan pihak kolej untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian turut palsu.

“Pinjaman untuk program diploma dan ijazah saya RM70,000. Setiap semester saya seharusnya mendapat RM8,000 dan setelah yuran pengajian ditolak, saya seharusnya mendapat baki kira-kira RM4,000.

“Tetapi, pihak kolej saya mengenakan caj berlebihan atas alasan urusan pentadbiran dan sebagainya,” dakwanya ketika sidang media di pejabat PPIM di sini, hari ini.

Katanya, dia yang membuat pinjaman penuh untuk menampung pendidikannya terpaksa mengganggur selama enam bulan dan akhirnya menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) untuk mendapatkan pekerjaan.

Sementara itu Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyeru Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memantau semua institusi pendidikan swasta bagi mengelakkan pelajar menjadi mangsa penipuan.

“Kami juga menyeru PTPTN untuk menjalankan siasatan ke atas dana pendidikan yang disalurkan supaya pelajar tidak terbeban dengan hutang selepas tamat pengajian dan tiada pekerjaan,” katanya. -Bernama

The post Ptptn siasat dakwaan kolej caj bayaran tersembunyi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian