Rejim El-Sisi halang calon berwibawa sertai pilihan raya Presiden Mesir

KAHERAH, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Bekas Ketua Turus Staff Tentera Darat Mesir, Leftenan Jeneral Sami Hafez Anan, yang baru-baru ini mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden negara itu, kini ditahan di penjara tentera, kata peguamnya.

Peguam Nasser Amin berkata, Sami Anan ditangkap minggu lalu dan beliau bertemunya semalam.

Pengarah Eksekutif kempen pilihan raya Sami Anan, Ahmed Abed Rabbo berkata, penangkapan Anan bermotifkan politik dan Presiden Abdel Fattah el-Sisi berusaha menghalang mana-mana calon berwibawa bertanding pilihan raya presiden.

 

23 Januari lalu, sepasukan anggota tentera menangkap Sami Anan, tiga hari selepas beliau mengumumkan akan bertanding menentang el-Sisi pada Pilihan Raya Presiden 2018 yang dijadual Mac nanti.

Sami Anan dituduh melakukan penipuan dengan mendakwa perkhidmatannya telah ditamatkan, kata Jawatankuasa Tertinggi Angkatan Tentera Mesir.

Sami Anan berusia 69 tahun juga didakwa tidak memperoleh kebenaran pihak tentera untuk bertanding pada pilihan raya itu.

Semalam, anggota kempen Sami Anan, Hisham Genena, cedera diserang di hadapan rumahnya di pinggir Kaherah.

Pilihan raya itu dijadualkan pada 26 hingga 28 Mac ini. – Agensi

The post Rejim El-Sisi halang calon berwibawa sertai pilihan raya Presiden Mesir appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian