Runtuhan balkoni Bursa Saham Indonesia: 22 pelajar Malaysia disahkan selamat

BANGI, 28 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Kira-kira 22 pelajar Malaysia dan beberapa pegawai kementerian yang mewakili negara di Indonesia disahkan selamat dalam insiden runtuhan balkoni bangunan Bursa Efek Indonesia (BEI), semalam.

Menurut Kementerian Luar Negeri, seramai 22 pelajar dari Management Science University termasuk pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi yang mewakili negara pada pertandingan ASEAN CIMB Stock Challenge 2.0 berada berhampiran lokasi kejadian.

“Kesemua rakyat Malaysia tersebut dilaporkan selamat dan telah dievakuasi ke bangunan Graha CIMB Niaga yang berada bersebelahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu berkata, Kementerian Luar Negeri menerusi Kedutaan Besarnya di Jakarta sedang memantau perkembangan berkaitan insiden itu.

Malah katanya, pihak kedutaan kini giat memberikan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta boleh dihubungi menerusi emel mwjakarta@kln.gov.my atau talian telefon +62215224947 dan +6281380813036,” kata kementerian itu.

Dalam kejadian yang berlaku jam 12.20 tengah hari semalam, sekurang-kurangnya 77 orang dilaporkan cedera selepas lantai mezanin tingkat satu menara II BEI itu runtuh dan menimpa lobi bangunan tersebut.

Kejadian lantai runtuh di BEI yang terletak di Jalan Jenderal Sudirman, Senayan, Jakarta Pusat, itu menyebabkan beberapa mangsa terjatuh ke ruang lobi bangunan berkenaan.

The post Runtuhan balkoni Bursa Saham Indonesia: 22 pelajar Malaysia disahkan selamat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian