Turki beri amaran kepada rakyat rancang lawat Amerika

ISTANBUL, 25 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Turki mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyatnya yang bercadang melawat Amerika Syarikat (AS) dengan memberi alasan peningkatan serangan pengganas dan kemungkinan akan ditangkap sewenang-wenangnya.

Amaran itu disiarkan dalam laman sesawang Kementerian Luar Turki yang menyebut bahawa berlaku peningkatan serangan ganas di AS baru-baru ini.

Ini termasuk serangan di kampus Universiti Ohio; Masjid Dar Al-Farooq, Lapangan Terbang Fort Lauderdale-Hollywood; dan gereja di Texas.

“Rempuhan orang awam menggunakan kenderaan, selain pengeboman dan serangan menggunakan senjata api, kelihatan seperti akan terus berlaku menyasarkan pusat bandar, acara kebudayaan, stesen kereta api bawah tanah, bangunan, tempat ibadat dan kampus sekolah,” kata kenyataan itu.

Kementerian Luar Turki juga berkata, ada kemungkinan rakyat Turki akan ditangkap sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa AS.

Amaran larangan itu bagaimanapun, dilihat sebagai tindak balas berikutan pengumuman Washington, Rabu lalu, yang menamakan Turki sebagai negara yang mana ancaman keselamatannya meningkat, selain Sudan, Pakistan dan Guatemala.

Laporan juga menyebut bahawa Turki memanggil diplomat AS, Philip Kosnett di Ankara semalam, berikutan kenyataan AS menyokong pemberontak Kurdis Syria. – Agensi

The post Turki beri amaran kepada rakyat rancang lawat Amerika appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian