Yayasan Ikhlas Johor Agih Kit Bantuan Persekolahan, Menceriakan Sesi Persekolahan 2018 Lebih 50 Orang Murid

Oleh: Adli Adnan

Johor Bahru, 23 Disember 2017 – Sesi persekolahan 2018 menjadi lebih bermakna dan ceria dengan adanya sumbangan kit bantuan persekolahan daripada Yayasan Ikhlas Johor.

Penyampaian kit bantuan ini merupakan aktiviti tahunan anjuran Yayasan Ikhlas Johor dengan Kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Johor Bahru, Wanita Isma Johor Bahru dan komuniti penduduk Taman Desa Mutiara.

Menurut Eksekutif Yayasan Ikhlas Johor, Encik Muhammad Nazriq bin Abdul Rahman, penyampaian kit ini diharap dapat mengurangkan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah khususnya apabila bermulanya sesi persekolahan yang baru nanti dan menjadikan murid-murid lebih bersemangat untuk kembali ke sekolah.

“Yayasan Ikhlas Johor juga menyeru kepada orang ramai di luar sana untuk tampil dan menaja golongan yang kurang bernasib baik ini”, ujar beliau lagi.

Kit bantuan yang terdiri daripada beg sekolah, senaskah al-Quran, set alat tulis dan wang tunai ini telah disampaikan kepada lebih 50 orang murid dan telah dirasmikan oleh Yang di Pertua Isma Johor Bahru, Haji Mohd Tahir bin Hamdan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti gotong royong memasak bersama penduduk setempat, solat Dhuha dan ceramah motivasi untuk murid-murid yang menerima bantuan kit ini.

Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan di Surau As-Sholawatil Hikmah, PPR Taman Desa Mutiara.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian