1,000 warga Gaza maut akibat sekatan rejim pengganas Israel

GAZA, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Lebih 1,000 penduduk Palestin di Semenanjung Gaza meninggal dunia, kesan daripada sekatan dikenakan rejim pengganas Israel sejak 2007 lalu.

Penyelaras pertubuhan amal Semenanjung Gaza, Ahmad al-Kurd turut mendedahkan kes di mana lima bayi pramatang meninggal dunia akibat kekurangan rawatan perubatan.

“Daripada 1,000 mangsa sekatan itu, 450 meninggal dunia akibat daripada situasi perkhidmatan kesihatan yang buruk, seperti kekurangan bekalan ubat-ubatan dan krisis untuk merujuk pesakit bagi mendapatkan rawatan di luar,” katanya.

Akibat sekatan itu, penduduk Gaza terus berdepan keadaan terdesak kekurangan bekalan air dan elektrik, serta ubat-ubatan, manakala doktor pula yang tidak dapat melakukan pembedahan.

Beliau berkata, penggunaan bekalan bahan bakar lain, termasuk lilin, kayu api atau penjana kuasa sejak 2006 pula menyebabkan lebih 100 kematian apabila rumah penduduk terbakar.

Selain itu, katanya, jumlah pekerja yang terbunuh di kawasan pertanian, nelayan dan pembinaan terowong komersial meningkat kepada 350 orang.

Beliau menyifatkan Semenanjung Gaza dengan lebih dua juta penduduknya adalah penjara terbuka terbesar di dunia.

“Gaza adalah wilayah bencana kesihatan, alam sekitar, sosial dan bekalan kuasa. Penyelesaian harus dicari bagi mengatasi masalah bekalan elektrik di Semenanjung Gaza,” katanya.

Ahmad berkata, kerajaan Palestin pimpinan Presiden Mahmoud Abbas mesti menyediakan keperluan Semenanjung Gaza, seperti bekalan ubat, gaji kakitangan, selain memberi tekanan supaya pintu sempadan dibuka. – Agensi

The post 1,000 warga Gaza maut akibat sekatan rejim pengganas Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian