44 maut bas jatuh gaung di Peru

PERU, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Sekurang-kurangnya 44 penumpang maut selepas bas dua tingkat yang dinaiki terbabas lalu menjunam ke kawasan pergunungan di selatan Peru, semalam.

Kemalangan jam 1.30 pagi waktu tempatan itu berlaku selepas bas berkenaan keluar dari lebuh raya Pan-American dan terhumban kira-kira 80 meter ke dalam gaung berkenaan.

Ketua Polis Arequipa, Jeneral Walter Ortiz, mengesahkan 44 mangsa terbunuh dan berkemungkinan angka korban akan meningkat.

Ini kerana katanya, pihaknya belum dapat mengenal pasti jumlah mangsa sebenar yang berada di dalam bas.

Setakat ini, Semua mangsa yang cedera dibawa di hospital di Camana, iaitu kira-kira 57 kilometer dari lokasi kemalangan berhampiran bandar Ocona.

Insiden ini adalah yang kedua terburuk berlaku di Peru, apabila kemalangan sama berlaku pada 2 Januari lalu menyebabkan 52 penumpang maut. -Agensi

The post 44 maut bas jatuh gaung di Peru appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian