Bengkel Fotografi Intensif Menyuntik Semangat kepada Jurugambar PIKSMA Supaya Berani Mengambil Risiko

 

 

GOMBAK – 11 Februari 2018 – “Untuk mengambil gambar yang terbaik di waktu yang tepat, kita mestilah membuat persiapan yang rapi dan berani mengambil risiko”, ujar Zainal Abdul Halim, bekas jurugambar Reuters yang menjadi tetamu jemputan pada Bengkel Fotografi Intensif anjuran Biro Komunikasi dan Multimedia ISMA (BKOM) dan PIKSMA, semalam.

Pesanan sama yang diberikan oleh jurulatih-jurulatih lain termasuklah Ikram Badarudin, yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang fotografi.

Objektif bengkel ini dianjurkan adalah untuk melatih jurugambar-jurugambar PIKSMA pada masa yang sama berkongsi pengalaman, ilmu teknikal fotografi dan teknik-teknik penyuntingan gambar menggunakan Adobe Photoshop Lightroom. Selain ceramah dan sesi diskusi, bengkel kali ini juga memberi peluang kepada peserta untuk menjalankan praktikal fotografi jalanan di sekitar Gombak dan Kuala lumpur.

Seramai 36 orang peserta yang hadir dan bengkel ini menonjolkan jurulatih-jurulatih fotografi ISMA yang lain seperti Dr. Nor Azlan, Al-Amin Asri dan Norzafry Halim. Bengkel selama dua hari ini telah diadakan pada 10 dan 11 Februari yang bertempat di Pusat Komuniti ISMA Gombak.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?