Harga petrol naik lagi, diesel turun

BANGI, 21 Jamadilawal 1439H, Rabu – Harga runcit bahan api untuk minggu kedua bulan ini naik lagi antara 2 sen dan 3 sen bermula tengah malam ini, selepas mengalami kenaikan pada kadar sama minggu lalu.

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan, harga runcit bagi produk RON95 naik 2 sen kepada RM2.33 seliter berbanding RM2.31 minggu lalu yang juga mencatatkan kenaikan 2 sen.

RON97 pula naik 3 sen kepada RM2.61 seliter (RM2.58 minggu lalu). Minggu lalu, harga RON97 juga naik 3 sen.

Bagaimanapun, harga runcit bagi diesel turun kepada RM2.31 seliter, berbanding RM2.34 minggu lalu.

Harga terbaru itu berkuat kuasa mulai tengah malam ini, selama seminggu sehingga 14 Februari depan.

The post Harga petrol naik lagi, diesel turun appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian