Jumlah mangsa banjir Sarawak turun kepada 546 orang

BANGI, 25 Jamadilawal 1439H, Ahad – Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus mencatatkan penurunan hari ini dengan 546 mangsa masih berada di pusat pemindahan, berbanding 3,092 orang semalam.

Sehingga jam 8 pagi tadi, hanya tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif beroperasi di tiga daerah bagi menempatkan 133 keluarga.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, pusat pemindahan yang masih dihuni mangsa adalah di Dewan SJK (C) Tong Ah, Sibu; Dewan Suarah Mukah, Mukah dan Dewan Sukan Tatau, Bintulu.

Setakat ini, pusat pemindahan banjir di Bintulu mempunyai jumlah mangsa tertinggi iaitu 498 orang, diikuti Mukah (28) dan Sibu (20).

Menurut kenyataan itu, terdapat empat klinik kesihatan yang masih terjejas banjir dan tidak dapat beroperasi hari ini berbanding enam buah semalam.

Empat klinik kesihatan berkenaan adalah KK Ng Taroh, Mukah; Klinik Desa Tamin, Selangau; KK Ng Tau, Bintulu dan KK Sangan, Bintulu.

The post Jumlah mangsa banjir Sarawak turun kepada 546 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian