Lebih 20 askar maut dalam tiga serangan di Afghanistan

KABUL, 9 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Lebih 20 askar terbunuh dalam beberapa sisi serangan kumpulan militan Taliban dan IS di tiga wilayah Afghanistan, semalam.

Dalam kejadian di daerah Bala Boluk di barat wilayah Farah, sekurang-kurangnya 18 anggota tentera Afghanistan terbunuh apabila militan Taliban menyerang sebuah pusat pemeriksaan askar.

Manakala, dua letupan bom kereta membunuh dua askar dan mencederakan lebih 10 yang lain dalam serangan di wilayah Helmand.

Dalam serangan di wilayah Helmand, militan Taliban mengguna kenderaan Humvee untuk memasuki pangkalan tentera di daerah Nad Ali, tetapi disekat pasukan tentera. Bagaimanapun, dua askar maut dalam kejadian itu.

Serangan bom kereta menyasarkan agensi keselamatan negara tidak jauh dari ibu pejabat polis wilayah Helmand di Lashkar Gah, pula, menyebabkan tujuh orang cedera.

Dalam satu lagi serangan di Kabul, penyerang bunuh diri meletupkan bom di kawasan diplomatik menyebabkan tiga terbunuh. IS kemudian mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Serangan itu berlaku berhampiran ibu pejabat NATO, tidak jauh dari kedutaan Amerika Syarikat. – Agensi

The post Lebih 20 askar maut dalam tiga serangan di Afghanistan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian