Main dron, kejar pengikut Instagram antara pendidikan Generasi Z?

Generasi Z adalah generasi yang lahir dalam lingkungan tahun 1995 sehingga 2010. Maklumat berkaitan Generasi Z amat penting buat penggerak aktivisme remaja. John Dewey, seorang reformis pendidikan, mengatakan “if we teach today’s students as we taught yesterday’s, we rob them of tomorrow“.

Menurut Prof Dr Amin Embi, seorang pensyarah bidang pendidikan di Universiti Tekonolgi Malaysia (UTM), pelajar hari ini perlu dididik dengan kemahiran Abad 21, iaitu kemahiran menyelesai masalah, kreatif, pemikiran analitik, kolaborasi dan komunikasi.

Manakala menurut Selabit & Gravinger merumuskan enam sifat Generasi Z, iaitu sangat cenderung kepada wang, berminda global, sangat mahir teknologi, ilmu mereka banyak bergantung pada teknologi, berbilang tugas dan belajar secara visual.

Oleh itu berdasarkan dua fakta tersebut, pendidik remaja pada hari ini apatah lagi seorang aktivis kelab remaja perlu berani mengambil pendekatan yang baru serta berusaha memahami teknologi terkini. Sebagai timbal balik, Generasi Z perlu memahami cara fikir orang lama agar Generasi Z dapat memanfaatkan aset pengalaman berharga yang dimiliki mereka.

Sebagai contoh untuk mendekatkan Generasi Z dengan masjid, satu kuliah maghrib khas untuk remaja perlu diadakan. Kuliah ini mestilah banyak menggunakan bahan visual (gambar dan video) dan disampaikan dalam laras bahasa generasi mereka. Ini kerana, masjid adalah tempat untuk semua generasi.

Selain itu, program seperti usrah, mabit dan mukhayyam perlu dimasukkan elemen kreatif. Program yang dianjurkan perlu dikurangkan fokusnya pada elemen penyampaian maklumat tetapi dilebihkan pada elemen kemahiran dan perasaan. Hal ini kerana maklumat sudah berada di hujung jari mereka, namun mereka tidak mampu menjumpai elemen cinta atau perasaan pada teknologi. Maka seorang aktivis, pendakwah atau naqib yang hebat adalah mereka yang mampu membawa perasaan dan mampu melatih mad’u atau anak usrahnya hingga mahir (kemahiran dakwah, bola sepak, pengucapan awam dan sebagainya).

Artikel ini merupakan olahan pendapat Ustaz Bilal Jailani, Pengarah Kelab Remaja Isma (KRIM) Cawangan Hulu Langat

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian