Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 19 Jamadilawal 1439H, Isnin – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu Islam sederhana, menerima kunjungan hormat daripada Ulama Libya, Dr Wanis al-Mabruk, sebentar tadi.

Dr Wanis yang juga Ahli Majlis Kesatuan Ulama Islam Sedunia hadir bersama ahli perniagaan Libya, Abid Sanusi ke pejabat Isma, di Bangi.

Turut serta dalam pertemuan adalah Ahli Jawatankuasa Isma Pusat, Ustaz Mohamad Ismail dan Ahli Majlis Ulama ISMA (Muis), Dr Soberi Awang.

Ustaz Mohamad berkata, kedatangan Dr Wanis adalah untuk berkongsi pandangan terhadap situasi dan kemelut yang berlaku, termasuk strategi yang umat Islam boleh lakukan dalam menghadapi cabaran dunia Islam.

Turut dibincangkan mengenai ancaman Syiah, situasi umat Islam di Libya serta kewujudan usaha berterusan yang didalangi Barat bagi menghapuskan gerakan Islam di seluruh dunia.

“Pertemuan hari ini memberi gambaran begitu tenatnya dunia Islam, samada di peringkat tempatan atau antarabangsa yang sedang diancam dari segala penjuru.

“Maka ianya menuntut kepada kesadaran, usaha berterusan serta kerjasama di kalangan gerakan Islam bagi kembali mengangkat kembali kemuliaan umat ini,” katanya.

The post appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian