Pembina syor undang-undang khas haramkan normalisasi LGBT

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Satu rangka undang-undang dan badan khas perlu diwujudkan bagi membendung penyebaran pengaruh budaya songsang, khususnya gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Bimbang dengan penularan pengaruh itu, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Eqwan Roslan menyarankan supaya kerajaan atau Ahli Parlimen bertindak menbentangkan rang undang-undang khas mengharamkan penyebaran pengaruh LGBT di negara ini.

“Penyebaran budaya LGBT merupakan barah yang bakal mengundang bala kepada negara. Ia tidak berlaku secara tiba-tiba, tetapi melalui gerakan yang tersusun.

“Penyebaran dan penerimaan budaya LGBT ini melalui normalisasi di media dan acara-acara yang dianjurkan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pendedahan data berhubung HIV/AIDS di sebuah universiti awam, seperti yang dilaporkan Unit HIV/AIDS, Kawalan Penyakit Berjangkit dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya.

Menerusi laporan itu, 15 kes HIV/AIDS membabitkan universiti awam terbabit pada tahun lalu, dengan satu 13 daripadanya adalah pelaku homoseksual, dan dua lagi adalah biseksual serta heteroseksual.

International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ) dalam artikelnya hari ini, turut mendedahkan bahawa terdapat tiga lagi kes HIV di universiti sama, setakat bulan ini.

Mengulas lanjut, Eqwan berkata, sekiranya budaya songsang itu dibiarkan berkembang, ia dibimbangi mengundang malapetaka lebih besar dan tidak menolak kemungkinan menjadi suara tekanan politik.

“Dalam keadaan ahli politik tidak berprinsip dan sering mengubah pendirian, suara tekanan seperti ini mungkin dapat mempengaruhi.

“NGO dan pendakwah juga harus berterusan memastikan masyarakat terus jijik dengan perbuatan terkutuk ini. Golongan ini hanya boleh mendapat tempat jika masyarakat tidak kisah dan tidak sensitif.

“Mahasiswa harus menyiapkan diri dengan jati diri yang kuat dan membina keimanan bagi menepis budaya terkutuk ini,” katanya.

The post Pembina syor undang-undang khas haramkan normalisasi LGBT appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?