Perlu penyelesaian isu ketidakadilan dalam sistem mahkamah: Prof Shamrahayu

Oleh Athirah Huda Zalhe

GOMBAK, 29 Jamadilawal 1439H, Khamis – Sudah tiba masa sistem mahkamah di Malaysia mencari penyelesaian terhadap isu ketidakadilan, khususnya berkaitan status agama anak bagi ibu bapa yang memeluk Islam.

Pakar Perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, sehingga kini, sistem perundangan negara masih gagal menyelesaikan ketidakadilan berhubung isu seumpama itu.

Merujuk kes Indira Ghandi dan Muhammad Riduan Abdullah baru-baru ini, Prof Shamrahayu berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan hanya membawa keadilan kepada sebelah pihak sahaja.

“Maka, apa yang dicadangkan dalam simposium hari ini adalah untuk mengadakan satu entiti atau prosedur baharu seperti proses mediasi. Jika gagal dengan sistem itu, gunakan sistem mahkamah sedia ada melalui pentadbiran.

“Kita perlu selesaikan masalah ini, kerana keadaan semasa tidak mendatangkan keadilan kepada kedua-dua belah pihak,” katanya ketika ditemui Ismaweb.net pada Simposium Keputusan Mahkamah Persekutuan Berhubung Kes Indira Ghandi, di sini hari ini.

29 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan untuk membatalkan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah dan M Indira Gandhi kepada Islam.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.

Mengulas lanjut Prof Shamrahayu berkata, keputusan kes Indira Ghandi berkemungkinan tidak akan kekal kepada kes lain yang berkaitan seumpama itu.

“Ada kemungkinan mahkamah yang akan datang apabila dimohon membincangkan isu ama boleh beredar daripada keputusan yang digunakan pada Indira Ghandi.

“Namun, ia perlu menunggu kes yang dibawalah ke hadapan nanti di mahkamah. Sekarang ini, saya melihat ada dua pilihan sajalah, sama ada menunggu kes baru atau ada pihak-pihak yang mahu memfailkan semakan kehakiman kepada keputusan itu,” katanya.

The post Perlu penyelesaian isu ketidakadilan dalam sistem mahkamah: Prof Shamrahayu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian