Rakyat Malaysia berada dalam ketakutan

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 7 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Dek kerana takut akan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, rakyat masih akan menabur undi untuk kerajaan, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, situasi di Malaysia sekarang memaparkan secara jelas betapa takutnya rakyat kerana bimbang diapa-apakan pemerintah negara itu.

“Kakitangan Kerajaan di semua peringkat takut jika mereka tidak lakukan arahan Najib, walaupun arahan ini bertentangan dengan undang-undang negara, mereka dikenakan tindakan oleh Najib.

“Pegawai dan kakitangan Kerajaan takut mengatakan yang benar kerana takut jika tidak disukai oleh Najib. Mereka takut mereka didera oleh Najib. Mereka takut dibuang kerja.

“Mereka takut diturun pangkat atau ditukar ke jawatan lain. Mereka takut apabila bersara tidak ada peluang jadi pengarah dalam syarikat Kerajaan,” katanya dalam posting terbaharu di laman blog chedet.cc, hari ini.

Bukan sahaja pegawai kerajaan, malah rakyat marhaen juga katanya, mempunyai perasaan takut terhadap Najib.

“Terdapat ramai orang yang membisik apabila bercakap berkenaan perasan tidak puas hati dengan Kerajaan. Mereka takut Najib akan dengar dan tindakan diambil ke atas mereka.

“Mereka yang menerima elaun yang tidak ada dalam jadual (nelayan umpamanya) atau BR1M takut mereka dikeluarkan dari senarai kelayakan.

“Peniaga kecil dan besar pula takut sesuatu dilakukan kepada mereka jika mereka dilihat terlalu dekat dengan parti lawan atau pemimpin parti lawan. Ada yang diberi amaran supaya menjauhkan diri dari orang tertentu yang dianggap musuh Kerajaan.

“Ya. Sekarang ini rakyat Malaysia berada dalam ketakutan. Mereka takut Najib. Jika kerana takut Najib mereka pangkah BN, maka BN terus akan menang, maka akan berterusanlah iklim takut di Malaysia,” katanya.

The post Rakyat Malaysia berada dalam ketakutan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian