Rasuah: Inspektor polis dipenjara enam tahun, denda RM125,000

TERENGGANU, 9 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Seorang Inspektor polis dijatuhi hukuman penjara berjumlah enam tahun dan denda RM125,000 oleh Mahkamah Sesyen  selepas dia didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah.

Hakim Mohd Haldar Abdul Aziz menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Izzwan Jamaluddin, 35, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Haldar menjatuhi hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Izzwan, yang sebelum ini bertugas di bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu  Terengganu, dan memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak mulai hari ini (Ahad).

Mohd  Izzwan turut didenda RM25,000, atau penjara 12 bulan, bagi pertuduhan pertama menerima RM5,000 daripada Syahrull Sharahudeen, yang didakwa terlibat dalam jenayah berkaitan dadah, sebagai dorongan untuk tidak mengenakan tindakan terhadapnya.

Kesalahan itu dilakukan pada  6.25 petang di belakang Restoran KFC Restaurant, Kuala Berang, pada 20 Ogos, 2015.

Dia turut didenda RM100,000, atau penjara  24 bulan, bagi kesalahan kedua kerana meminta RM20,000 daripada Syahrull bagi tujuan sama pada 8 malam di sebuah rumah di Kampung Durian Kassim, Ajil, pada 15 Ogos, 2015.

Mohd  Izzwan, yang kini digantung kerja dan berniaga di pasar malam, gagal membayar denda dan dia dihantar ke Penjara Marang.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Amirul Ridzuan Hanif, manakala timbalan pendakwa raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohamad Fadhly Mohd Zamry, mengendalikan pendakwaan.- Bernama

The post Rasuah: Inspektor polis dipenjara enam tahun, denda RM125,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian