Sebuah pesawat pasukan aerobatik Black Eagles dari Pasukan Tentera Udara Korea Selatan terbabas dan terhempas

#DTrLaporanMedia
#DTrSINGAPURA – Sebuah pesawat pasukan aerobatik Black Eagles dari Pasukan Tentera Udara Korea Selatan terbabas dan terhempas di bahu jalan berumput di landasan 1 Lapangan Terbang Changi, sebelum terbakar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura berkata, pesawat itu sedang berlepas untuk program pertunjukan di udara pada Pameran Udara Singapura 2018.

Perkhidmatan Kecemasan Penerbangan memberi respons segera berikutan insiden itu dan telah dapat memadamkan kebakaran itu.

Juruterbang pesawat itu cedera ringan dan sedang dirawat.

Kejadian berlaku kira-kira 1.24 tengah hari waktu tempatan Singapura.

Landasan 1 akan ditutup sehingga diberitahu kelak, kata pihak berkuasa.

The post Sebuah pesawat pasukan aerobatik Black Eagles dari Pasukan Tentera Udara Korea Selatan terbabas dan terhempas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Shafie Apdal tidak tubuh parti baharu, ambil alih parti sedia ada di Sabah

KATA PEDANG: Antara kemurtadan Sharifah sekeluarga dan bahasa ulasan kematian Haron Din