Shah Alam, Klang alami gangguan air

SYARIKAT Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berkata Seksyen 16 hingga 20 serta Seksyen 23 hingga 25 di Shah Alam dan Kampung Jawa, Padang Jawa, Taman Alam Shah, Kampung Teluk Menegun, Sungai Rasah, Bukit Kuda dan Jalan Mohd Sidin di Klang, akan mengalami gangguan bekalan air.

Pemantauan Syabas ke atas sistem bekalan air sejak dua minggu lalu mendapati berlaku penyusutan paras air di kolam perkhidmatan akibat permintaan yang tinggi. Pemantauan berterusan dan tindakan yang perlu sedang diambil bagi mengurangkan impak gangguan kepada pelanggan.

Syabas menasihatkan pengguna agar menggunakan air secara berhemat.

The post Shah Alam, Klang alami gangguan air appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian